Monday, December 3, 2012

kata nama khas


Lembaran Kerja- Kata Nama Khas

Bulatkan Kata Nama Khas yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. Huat Mei seorang juru jual.

2. Beliau tinggal di Taman Suria. 


3. Bapanya membawa kereta Myvi.

4. Beliau suka memakai kasut Bataris.

5. Abang beliau bekerja di Batu Kurau.

6. Adiknya pula belajar di Sekolah Menengah Raja Muda.

Wednesday, October 31, 2012


Contoh Jawapan : Mengelaskan Kata Nama

A) Baca petikan dan melengkapkan jadual di bawah.


Kata nama am
Kata nama khas
Kata ganti nama diri
keluarga, ibu bapa, kakak, ayah,
kapal terbang.
Kai Chian,
Pulau Langkawi.
saya, kami.


Tuesday, October 30, 2012

Mengelaskan Kata Nama

A) Baca petikan dan melengkapkan jadual di bawah.



Kata nama am
Kata nama khas
Kata ganti nama diri







Monday, October 29, 2012

Ulang kaji 3:



Nota: 

Masih ada banyak kata nama am dalam gambar ini, cubalah cari......Contohnya, pintu, kasut......^^.

Sunday, October 28, 2012

Ulang kaji 2:


Cubalah ingat kembali kata nama yang telah dipelajari^^.

Saturday, October 27, 2012

Ulang kaji 1:


Nota tambahan: 
Huruf pertama bagi setiap perkataan dalam kata nama khas adalah ditulis dalam huruf besar.
Contoh:
Adudu, Boboi dan Maggi ialah kawan baik.

Friday, October 26, 2012

Jawapan Ujian - Kata Nama(Klik pada "Jawapan Ujian - Kata Nama" jika anda ingin muat turun jawapan kertas soalan ini. Terima kasih^^.
 

Thursday, October 25, 2012

Permainan Mencari Kata Nama

Menonton video ini dan menyebut kata nama.

Lagu Sayur-sayuran

Wednesday, October 24, 2012

Ujian-Kata Nama ( Klik pada "Ujian-Kata Nama" jika anda ingin muat turun kertas soalan ini. ( ^_^ )Marilah cuba penguasaan anda terhadap topik ini.  

Tuesday, October 23, 2012

 Latihan Pengukuhan 1: Kata Nama Am
Nama : ___________________                 Markah:        / 12
A) Mengelaskan kata nama am : 




Monday, October 22, 2012


Contoh jawapan Latihan 3: Kata Nama Ganti Diri
A) Garisi kata ganti nama diri yang betul.

1.       Cikgu Sulaiman ialah guru kelas Tahun Dua Bestari. ( Dia , Beliau ) seorang guru yang baik hati.


2.       Saya, Xin Yin, dan Kim Seng berjiran. ( Kami, Kita ) sentiasa bermain bersama-sama.


3.       “( Saya, Aku ) pemain ping pong mewakili sekolah,” kata Ahmad kepada Cikgu Te.


4.        “( Kamu, Kalian ) mestilah berlajar bersungguh-sungguh,” kata guru besar kepada murid-murid.

5.       “( Baginda, Beta ) berharap negara aman damai,” kata Sultan Perak kepada rakyat.


Sunday, October 21, 2012

Latihan 3: Kata Nama Ganti Diri
A) Garisi kata ganti nama diri yang betul.


1.       Cikgu Sulaiman ialah guru kelas Tahun Dua Bestari. ( Dia , Beliau ) seorang guru yang baik hati.


2.       Saya, Xin Yin, dan Kim Seng berjiran. ( Kami, Kita ) sentiasa bermain bersama-sama.


3.       “( Saya, Aku ) pemain ping pong mewakili sekolah,” kata Ahmad kepada Cikgu Te.


4.        “( Kamu, Kalian ) mestilah berlajar bersungguh-sungguh,” kata guru besar kepada murid-murid.

5.       “( Baginda, Beta ) berharap negara aman damai,” kata Sultan Perak kepada rakyat.



Saturday, October 20, 2012

Kata Nama - Bahagian 3
c) Kata Ganti Nama Diri-
Terbahagi kepada

i) Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama-Kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang bercakap.
ii) Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua

-


Kata yang digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.

iii) Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga

-

Kata yang digunakan untuk merujuk kepada orang ketika bercakap.


Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Jamak
Kata Ganti Nama Orang Pertama
aku, saya, beta, patik, hamba, beta
kami, kita
Kata Ganti Nama Orang Kedua
anda, awak, engkau, tuanku, kamu
kalian, kamu
Kata Ganti Nama Orang Ketiga
baginda, beliau, dia, ia, -nya
mereka

Friday, October 19, 2012


Contoh jawapan Latihan 2 : Kata Nama Khas

A) Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai.



    1.   Haiwan yang berjaya menolong kerbau 
    itu ialah Si Pintar.
                                 
2.   Datuk saya tinggal di Taman Matang
     bersama-sama.



3.   Nama bendera negara kita ialah Jalur 
    Gemilang.
4.   Bapa Hamidah membeli sebuah kereta 
    Proton Saga.
5.   Kami melawat ke Zoo Negara semasa 
    cuti sekolah yang lalu.

Thursday, October 18, 2012

Latihan 2 : Kata Nama Khas
A) Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai.




    1.   Haiwan yang berjaya menolong
    kerbau itu ialah __________.
                                 
2.   Datuk saya tinggal di 
    __________ bersama-sama.



3.   Nama bendera negara kita ialah 
    __________.
4.   Bapa Hamidah membeli sebuah 
    kereta __________.
5.   Kami melawat ke __________
    semasa cuti sekolah yang lalu.

Wednesday, October 17, 2012

Contoh jawapan Latihan 1

Dengar lagu dan sebut lima kata nama am dalam lagu ini :
( Menerima jawapan lain yang terdapat dapat lagu. )

ciku
durian
manggis
rambutan
cempedak
nangka
belimbing
mangga
pisang
longan

Tuesday, October 16, 2012

Latihan 1: Kata Nama Am

Lagu Buah-buahan


Dengar lagu dan sebut lima kata nama am berdasarkan lagu ini.

Monday, October 15, 2012

Sunday, October 14, 2012

Kata Nama - Bahagian 2

b) Kata Nama Khas - Kata yang digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda yang bernyawa dan benda yang tidak bernyawa.


Benda yang Bernyawa
manusia
Marina, Sivakumar, Yuen, Siti
binatang
Tompok (kucing), Putih (arnab), Lassie (anjing)
Benda yang Tidak Bernyawa
benda
Adidas (peralatan sukan), Sony (peralatan elektrik), Honda (kenderaan)
tempat
Temerloh (daerah), Damansara (bandar), Perak (negeri)
bangunan
Menara Kuala Lumpur, Menara Tun Razak (pejabat), Pudu Raya (perhentian bas dan teksi)
judul buku
Wanita (majalah), Putera Gunung Tahan (novel), Resipi Masakan Istimewa (buku)